suria

Penduduk Kawasan Tropika Mati 7.7 Tahun Lebih Awal

SYDNEY: Orang ramai yang tinggal di kawasan tropika mungkin mati lebih tujuh tahun lebih awal berbanding mereka di rantau lain, menurut satu penemuan awal oleh projek penyelidikan global yang dikeluarkan pada Isnin.

Kajian “Negara Kawasan Tropika” itu dijalankan oleh 13 institusi di 12 negara, yang melaporkan bahawa mereka yang tinggal di zon tropika pada tahun 2010 mempunyai purata jangka hayat 64.4 tahun.

Ia merupakan 7.7 tahun lebih pendek berbanding mereka yang tinggal di kawasan bukan tropika, menurut projek penyelidikan itu, yang dikendalikan oleh Universiti James Cook Australia (JCU).

Menurut kajian, pengaruh kematian di rantau ini secara keseluruhan disebabkan oleh penyakit, konflik, kemiskinan dan tiada jaminan makanan.

Pelaburan dalam khidmat sosial, seperti kesihatan dan pendidikan, serta keperluan air, sistem kawalan kebersihan awam dan teknologi perubatan, yang juga merupakan faktor-faktor yang penting.

Menurut laporan, Afrika Tengah dan Afrika Selatan mempunyai kadar kematian yang paling buruk, dengan 377 dalam setiap 1,000 orang yang tinggal sehingga 15 tahun mati pada akhir hayat sebelum mereka mencecah 60 tahun.

Perbandingan itu menunjukkan purata 240 dalam setiap 1,000 orang di seluruh kawasan tropika dan 154 dalam setiap 1,000 orang untuk kawasan lain di dunia.

Australia merupakan daratan tropika yang terbesar di kalangan negara-negara membangun dan Naib Canselor JCU, Sandra Harding berkata, seorang penduduk di negara utara tropika biasanya mati dua setengah tahun lebih awal berbanding seorang yang tinggal di bahagian selatan.

Kajian menganggarkan bahawa semua benua selain Eropah dan Antartika merupakan sebahagian daripada kawasan tropika dan 144 negara atau wilayah sama ada “penuh atau sebahagiannya dalam rantau tropika”.

Menjelang 2050, separuh daripada dunia dijangka tinggal di kawasan tropika, satu kawasan yang luas meliputi Australia, Asia Tenggara dan Asia Selatan, Afrika dan Timur Tengah, Amerika Selatan dan Amerika Tengah, Caribbean dan Oceania. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain