suria

Obama Mulakan Lawatan Bersejarah Ke Myanmar

Barack Obama (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar Thein Sein (kanan).
Barack Obama (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar Thein Sein (kanan).
Barack Obama (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar Thein Sein (kanan).

YANGON: Barack Obama tiba di Myanmar pada Isnin, lawatan pertama oleh presiden Amerika Syarikat (AS) ke negara Asia Tenggara, yang dibuka selepas hampir setengah abad diperintah tentera.

Pesawat beliau mendarat di lapangan terbang di bandar, Yangon, di mana beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Thein Sein, yang telah membawa pembaharuan politik dan ekonomi sejak memegang jawatan pada Mac 2011, dan Aung San Suu Kyi, yang mengetuai perjuangan untuk demokrasi semasa pemerintahan ketenteraan junta.

Obama akan menghabiskan hampir enam jam di negara ini, juga dikenali sebagai Burma, sebelum terbang ke Kemboja untuk mesyuarat sidang kemuncak dengan pemimpin-pemimpin negara-negara lain di Asia Tenggara dan negara-negara rakan kongsi. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain