suria

Palestin Lancar Serangan Roket Ke Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin dilaporkan menembak roket ke Baitulmaqdis dan Tel Aviv, dua bandar yng menjadi nadi perniagaan dan pentadbiran Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya sudah menutup semua jalan raya di sekitar sempadan Gaza dan mengisytiharkannya kawasan itu ditutup untuk zon tentera. Koresponden AFP melaporkan, kereta perisai tentera kini ditempatkan di medan hadapan dan bersedia untuk melaksanakan perang darat.

Awal pagi Sabtu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengulangi bahawa negaranya menyokong Israel untuk mempertahankan negara itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza malam tadi menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka kematian dua hari lalu meningkat kepada 30 orang.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan terbaru itu memusnahkan bengkel senjata Hamas. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain