suria

Empat Maut Serangan Terbaru Israel Di Gaza

GAZA CITY: Empat rakyat Palestin terbunuh dalam siri serangan terbaru Israel ke atas Gaza pada Sabtu, demikian menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas.

“Tiga orang terkorban akibat serangan udara di Kem Maghazi dan mayat mereka sudah dihantar ke Hospital Shuhada al-Aqsa,” kata jurucakap berkenaan, Ashraf al-Qudra. Beliau berkata, sebelum itu seorang lagi maut dalam serangan awal tentera udara Israel.

Beliau berkata, serangan terbaru tertumpu di tengah Semenanjung Gaza yang mensasarkan rumah penduduk.

Beliau berkata, dua daripada yang terbunuh itu adalah adik beradik tetapi setakat ini tidak jelas sama ada yang terbunuh adalah orang awam atau pejuang.

Jumlah terbaru itu menjadikan semua yang terkorban sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu meningkat kepada 28 orang denga nsekurang-kurangnya 270 cedera.

Awal pagi Sabtu, Menteri Kesihatan Hamas, Mufid al-Mukhalalati memberi amaran bahawa Hospital Shifa di Gaza kini mengalami kekurangan ubatan dan bantuan perubatan yang teruk.

Beliau merayu negara Arab dan badan dunia lain akan memberi bantuan perubatan ke Semenajung Gaza. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain