suria

Mangsa Israel Pertama Terbunuh, Ketegangan Israel-Gaza

GAZA: Tiga orang terbunuh pejuang Hamas membedil berpuluh-puluh roked ke selatan Israel selepas rejim Zionis itu melancarkan serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza.

Polis Israel berkata, tiga maut apabila roket Palestin terkena bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, kira-kira 25 kilometer ke utara Gaza.

Tambahnya, mangsa terbunuh merupakan mangsa Israel pertama dalam konflik terbaru yang melanda wilayah berkenaan.

Israel kelmarin membunuh tokoh tentera Hamas dan menyerang wilayah berkenaan dari darat, udara dan laut, meragut 15 nyawa, termasuk lima pejuang, tiga kanak-kanak dan seorang wanita hamil.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar lewat kelmarin untuk membincangkan serangan Israel itu.

Ia menggesa keganasan dihentikan tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain