suria

Serangan Jet Pejuang Syria Berhampiran Sempadan Turki

CEYLANPINAR: Pegawai dan saksi berkata jet pejuang Syria telah melakukan serangan bom di sebuah kawasan yang dipegang pemberontak berhampiran sempadan Turki.

Seorang wartawan daripada Associated Press menyaksikan jet membedil kawasan sekitar bandar Ras al-Ayn, Syria yang terletak hanya menyeberangi sempadan dari bandar Ceylanpinar, Turki pada hari kedua, Selasa.

Seorang pegawai dari pejabat Datuk Bandar Ceylanpinar berkata jet memasuki kawasan berhampiran sempadan Turki sebanyak "lima kali dalam tempoh 10 minit."

Beliau bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak dibenarkan untuk memberi kenyataan kepada pemberita.

Pemberontak merampas kawalan terhadap Ras al-Ayn dari rejim pada minggu lepas.

Dianggarkan 20 orang meninggal dunia semasa serbuan udara di Ras al-Ayn pada Isnin dan lapan orang lagi meninggal dunia akibat tercedera di Turki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain