suria

Rosmah Hadir Majlis Pembukaan WISE Di Doha

Datin Seri Rosmah Mansor bersama Pengerusi Yayasan Qatar Sheikha Moza Nasser yang juga permaisuri Emir Qatar ketika menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Inovasi Sedunia bagi Pendidikan (WISE) ke-4 di Pusat Konvensyen Nasional Qatar (QNCC) di Doha. -fotoBERNAMA

DOHA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Inovasi Sedunia bagi Pendidikan (WISE) ke-4 di Pusat Konvensyen Nasional Qatar (QNCC) di sini pada Selasa.

Beliau diiringi oleh delegasi lapan anggota dari Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, yang juga anggota majlis Permata.

Rosmah dijadual menyampaikan ucaptama sidang itu pada Rabu.

Pengerusi Yayasan Qatar Sheikha Moza Nasser yang juga permaisuri Emir Qatar merasmikan majlis itu.

Turut hadir Emir Qatar Sheikh Hammad Khalifah Al-Thani dan pengerusi Wise Sheikh Abdulla Ali Al-Thani.

Sheikha Moza mengalu-alukan semua perwakilan dan berkata, dalam tempoh empat tahun sejak WISE dilancarkan, pendekatannya kepada inovasi telah membawa kemajuan dalam arena pendidikan global dan pembangunan insan.

Sidang kemuncak tiga hari itu dengan tema "Kolaborasi untuk Perubahan" menghimpunkan lebih 1,000 tokoh terkemuka di bidang pendidikan, korporat, politik dan sosial dari lebih 100 negara di serata dunia.

Mereka meninjau bagaimana kolaborasi dalam pelbagai bentuk dan peringkat boleh menjadi pendorong kepada usaha untuk mengilham inovasi dalam pendidikan dan merangka strategi jangka panjang bagi pembaharuannya.

WISE ditubuhkan oleh Yayasan Qatar pada 2009 di bawah naungan Sheikha Moza.

Rosmah memberitahu pemberita kemudian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutus ucap selamat kepada Emir Qatar.

Rosmah berkata Emir Qatar juga mengutus ucap selamat kepada Najib. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain