suria

Lima Banduan Diburu Selepas Rusuhan Penjara Di Sri Lanka

COLOMBO: Pegawai penjara Sri Lanka berkata polis sedang memburu lima banduan yang masih hilang selepas melarikan diri minggu lepas semasa rusuhan penjara yang telah menyebabkan 27 tahanan mati.

Pesuruhjaya Penjara Gamini Kulathunga pada Selasa berkata operasi carian lima banduan terbabit dijalankan oleh pegawai penjara dan polis.

Enam banduan yang melarikan diri telah pun ditangkap.

Rusuhan pada Jumaat di penjara Welikada di bandar Colombo juga menyebabkan 42 lagi cedera, termasuk polis, tentera dan penghuni.

Kulathunga berkata keadaan di penjara telah kembali normal dan saudara-mara kini dibenarkan untuk melawat tahanan, dan suspek dalam rusuhan akan mula dihadapkan di mahkamah bermula Rabu ini.

Pegawai berkata, rusuhan bermula apabila banduan menyerang pasukan yang mencari dadah dan telefon bimbit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain