suria

Letupan Bom Gegar Kedatangan Awal Muharam Di Iraq Korbankan 15 Orang Awam

BAGHDAD: Tidak sampai 24 jam lagi untuk umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Awal Muharam atau Maal Hijrah, di Iraq, 15 orang telah disahkan terkorban kerana letupan bom dan keganasan.

Sekurang-kurangnya lima bom kereta telah meletup di sini dan tiga buah bandar lagi mengorbankan 15 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

Kejadian paling buruk berlaku di Kirkuk, utara Iraq yang menyaksikan sembilan orang terkorban dan 39 lagi tercedera.

Sementara itu di selatan Baghdad berhampiran pekan Hilla, sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar yang padat dengan orang ramai meletup mengorbankan lima orang dan mencederakan 35 yang lain.

Kemudian sebuah lagi kereta yang diletakkan di Dataran Firdos di sini turut meletup dan mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan enam lagi orang awam.

Dataran ini terkenal apabila pada tahun 2003, orang ramai menjatuhkan patung Saddam Hussein sebaik sahaja tentera Amerika menyerang Iraq.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain