suria

Suspek Pengganas, Abu Qatada Dibebaskan Dari Penjara British

Abu Qatada ketika dibawa keluar dari penjara di England menuju ke kediamannya.
Abu Qatada ketika dibawa keluar dari penjara di England menuju ke kediamannya.
Abu Qatada ketika dibawa keluar dari penjara di England menuju ke kediamannya.

LONDON: Britain pada Selasa membebaskan suspek pengganas, Abu Qatada dari penjara dengan ikat jamin selepas hakim memutuskan lelaki yang digelar orang kanan Osama bin Laden di Eropah itu tidak harus diekstradisikan ke Jordan.

Pendakwah radikal Islam, yang berusia awal 50-an telah dibawa keluar dari penjara berkeselamatan tinggi, Long Lartin di England dengan van hitam yang dipandu laju seperti ditunjukkan di televisyen.

Abu Qatada dijangka akan dibawa ke rumahnya di barat laut London di mana dia akan berada di bawah perintah berkurung selama 16 jam sehari tetapi boleh meninggalkan rumahnya di antara pukul 8 pagi dan 4 petang.

Dia perlu memakai tag elektronik dan dengan siapa dia bertemu akan dihadkan.

Dia yang berjanggut tebal telah di penjarakan di Britain selama tujuh tahun dan berjuang untuk ekstradisi, dan juga menghabiskan banyak masa di antara tahun 2002 dan 2005 dalam tahanan.

Abu Qatada telah disabitkan dengan penglibatan serangan keganasan di Jordan pada tahun 1998.

Keputusan hakim kanan pada Isnin untuk menerima rayuan terhadap ekstradisi ke Jordan adalah satu tamparan besar bagi kerajaan British, yang telah berjuang selama tujuh tahun untuk mengusirnya.

Timbalan Perdana Menteri Nick Clegg berkata pada Selasa kerajaan berazam untuk mengusir Abu Qatada.

"Kami amat tidak setuju dengan keputusan mahkamah itu. Kami akan mencabar, kita akan mengemukakan rayuan," Clegg memberitahu televisyen ITV.

"Kami benar-benar tekad untuk melihat lelaki ini di atas kapal terbang dan terbang balik ke Jordan, tempatnya bukan di sini," kata Clegg.

Artikel Berikut

Artikel Lain