suria

Pesawat Emirates A380 Berpatah Balik Ke Sydney Selepas Enjin Rosak

CANBERRA: Pesawat A380 Emirates ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Australia pada malam Ahad apabila salah satu enjinnya gagal berfungsi tidak lama selepas berlepas, dengan beberapa penumpang melaporkan terdapat api dari unit enjin. Penerbangan dengan 380 penumpang di atas peswat dalam penerbangan ke Dubai hanya berlepas 20 minit pada ketinggian 10,000 kaki apabila ia mengalami masalah dengan salah sebuah daripada empat enjinnya. "Penerbangan Emirates EK413 dari Sydney ke Dubai pada 11 November berpatah balik sejurus selepas berlepas disebabkan masalah enjin. Penumpang akan ditempah dengan penerbangan alternatif," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain