suria

Trak Dibom Serang Bandar Terbesar Pakistan, Tiga Terbunuh

KARACHI, Pakistan: Seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan yang memasuki perumahan untuk menubuhkan pasukan separa tentera bagi melindungi bandar terbesar Pakistan pada Khamis, yang mengorbankan tiga pegawai.

Letupan itu menyaksikan keselamatan yang merosot di Karachi, bandar pelabuhan dengan18 juta penduduk yang dianggap sebagai jantung ekonomi Pakistan.

Keganasan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bandar itu apabila kumpulan bersenjata berjuang untuk kawalan ke atas tanah dan sumber, dan kumpulan-kumpulan militan seperti Taliban digunakan untuk menimbulkan huru-hara bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Tiga pegawai terbunuh dan 20 cedera dalam serangan itu, kata seorang jurucakap kepada Rangers.

Beliau berkata, letupan berkenaan tidak menghalang Rangers untuk meneruskan operasi menentang militan di bandar itu.

Rangers merupakan pasukan separa tentera yang ditugaskan untuk membantu polis Karachi bagi memastikan keselamatan di bandar tersebut.

Sebuah trak yang dipandu oleh pengebom berani mati yang disyaki melanggar pintu pagar perumahan blok apartment di mana anggota-anggota Ranggers dtinggal, kata Javed Odho, timbalan ketua inspektor polis Karachi. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain