suria

Tidak Dapat Tahan Dengan Perang Saudara Syria – Palang Merah

GENEVA: Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata, ia tidak dapat bertahan dengan perang saudara di Syria yang semakin buruk.

Peter Maurer berkata, selain peningkatan skop operasi organisast, “kami tidak dapat bertahan dengan situasi yang semakin buruk.”

Perang saudara di Syria mengorbankan lebih 36,000 orang sejak pergolakan dalam menentang rejim Syria yang bermula pada Mac 2011.

Maurer pada Khamis berkata, “tiada ada kesangsian bahawa krisis semakin serius setiap hari. Ini adalah trend yang terganggu sejak musim panas.”

Beliau turut berkata, tidak ada “perkembangan besar” terhadap memperoleh akses yang lebih baik kepada banduan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain