suria

Syarikat Gergasi Kosmetik L'Oreal Buka Kilang Terbesar Di Indonesia

ABABEKA, Indonesia: Syarikat kosmetik L’Oreal pada Rabu membuka kilang terbesarnya di dunia di Indonesia, dan mahu mencatatkan keuntungan daripada permintaan yang kukuh bagi produk kecantikan di pasaran yang berkembang pesat di Asia.

Kumpulan Perancis bagi syarikat kosmetik terbesar di dunia berkata, kilang di luar Jakarta dapat mengeluarkan 200 juta pada tahun depan, dengan potensinya untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 500 juta.

Naib Presiden L’Oreal Asia-Pasifik, Joechen Zaumseil berkata, pelan bernilai 100 juta euro (RM391.62 juta) di zon industri Jababeka ini akan menjadi hab pengeluarannya untuk Asia Tenggara.

Beliau berkata, syarikat itu merancang untuk menggandakan bilangan pelanggannya di seluruh dunia daripada jumlah pada masa ini seramai 100 bilion orang, dan berharap majoriti pelanggan barunya di Asia.

L’Oreal mengalu-alukan Indonesia dan Asia Tenggara sebagai “sempadan baru bagi pertumbuhan” di mana jualan Asia telah meningkat kira-kira 20 peratus antara Januari dan September kepada 3.2 bilion euro (RM12.53 bilion).

Kilang besar itu berkeluasan 71-,000 kaki persegi dan akan mempunyai beratus pekerja.

Ia akan mengeksport 70 peratus pengeluarannya ke Asia Tenggara, di mana bakinya untuk pasaran Indonesia. - AFP

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain