suria

Pembangkang Harap Krisis Syria Disenarai Agenda Utama Obama

DOHA: Pihak pembangkang dari Majlis Syria Kebangsaan (SNC) bersuara pada Rabu mengharapkan menyelesaikan konflik di Syria akan menjadi disenaraikan agenda utama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang dilantik semula memegang jawatan itu dalam pemilihan.

“Kami harap Presiden Obrama meletakkan Syria di kalangan keutama dalam dasar luar beliau untuk mengakhiri krisis dan mencapai aspirasi kepada rakyat Syria untuk memilih kerajaan dan presiden mereka sendiri, seperti yang dilakukan oleh rakyat AS,” kata anggota SNC, Radwan Ziadeh kepada AFP di Doha.

Obama menewaskan calon Republican, Mitt Romney dalam pemilihan pada Selasa untuk meneruskan penggal kedua beliau sebagai presiden.

Hubungan antara kerajaan Obama dan SNC tidak begitu baik, di mana dilihat sebagai pihak yang berbincang antara masyarakat antarabangsa dengan pasukan pembangkang kepada rejim Presiden, Bashar al-Assad.

Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menganggarkan lebih 36,000 orang terbunuh dalam tempoh hampir 20 tahun sepanjang konflik yang bermula daripada keamanan sebelum ia terjejaskan teruk sehingga mengakibatkan perang berskala besar. - AFP

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain