suria

Obama Kekal Presiden AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney.

Obama menewaskan Mitt Romney di lima daripada enam negeri atas pagar iaitu di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, meletakkan beliau memperolehi 274 undi pemilih, iaitu melebihi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya Presiden AS ke-57 ini.

Romney pula memperolehi 201 undi pemilih dan satu-satunya negeri atas pagar yang dimenanginya ialah di North Carolina, menyebabkan harapan calon Republikan itu untuk menjadi Presiden berakhir.

Obama memasuki empat tahun penggal kedua beliau berhadapan dengan tugas sukar menangani AS $ 1 trilion (RM3.05 trilion) defisit tahunan, mengurangkan hutang kebangsaan AS $ 16 trilion, pembaikpulihan program sosial yang mahal dan berurusan dengan Kongres AS gridlocked. Reuters

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain