suria

Lelaki-Wanita Diasing Dalam Panel Nasihat Raja Arab Saudi

RIYADH, Arab Saudi: Seorang pegawai Arab Saudi berkata, satu skrin akan memisahkan kaum lelaki dan wanita dalam badan penasihat utama negara itu bagi Raja Abdullah apabila wanita menyertainya buat kali pertama.

Susulan daripada keputusan Abdullah, wanita dibenarkan untuk menyertai Majlis Syura, kumpulan penasihat utama beliau yang dijangka bersidang semula pada awal tahun depan.

Format itu dilihat sebagai sepakatan untuk bertolak ansur terhadap pertikaian dalam Islam yang membangkang walaupun perubahan kecil dalam kerajaan yang begitu konservatif, di mana pengasingan jantina merupakan adat yang dilaksanakan secara meluas.

Abdullah telah memberi jaminan dengan membenarkan wanita untuk mengundi dan terlibat dalam pilihan raya pada 2015.

Tetapi wanita Saudi masih lagi berhadapan dengan banyak sekatan, termasuk dilarang memandu.

Seorang pegawai memetik akhbar Al-Watan pada Rabu berkata, satu rangkaian komunikasi dalaman akan membenarkan lelaki dan wanita untuk berkomunikasi walaupun terdapat perintang. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain