suria

Lelaki Rusia Merana Cinta Tak Berbalas Tembak Mati Lima Rakan Kerja

MOSCOW: Seorang lelaki Rusia yang menderita akibat cinta tak berbalas daripada rakan sekerjanya sendiri telah mengamuk dan menembak mati lima orang dan mencederakan dua yang lain.

Dia melepaskan tembakan di dalam sebuah syarikat farmasi di mana dia bekerja dan membunuh lima orang rakan sekerja.

Pengawal keselamatan firma itu bagaimanapun berjaya menahannya.

Lelaki itu dikatakan melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya sendiri.

Agensi berita AFP melaporkan, tiga lelaki dan dua wanita yang sedang berada di meja masing-masing mati di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi lelaki dan wanita cedera.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, salah seorang mangsa adalah wanita yang menolak cinta lelaki berkenaan.

Merana akibat cinta ditolak, lelaki itu telah mengambil minuman keras selama lima hari berturut-turut dan pada Rabu masuk ke pejabat lalu melepaskan tembakan ke arah rakan-rakannya yang lain termasuk wanita yang menolak cintanya itu.

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain