suria

Pengebom Berani Mati Letup Diri Korbankan 6 Orang Di Pakistan

PESHAWAR: Seorang pengebom berani mati, telah meletupkan dirinya pada Rabu di tengah-tengah bandar ini mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang pegawai kanan polis.

Jurucakap polis, Badshah Khan berkata, pengebom berani mati itu yang berjalan kaki mensasarkan kenderaan yang membawa pegawai penyiasat kanan, Hilal Haider.

Hilal terbunuh dalam letupan itu bersama tiga anggota polis yang lain.

Pihak hospital ketika dihubungi oleh agensi berita AFP menyatakan 30 orang yang tercedera sedang dirawat.

Seorang saksi, Amin Khan menceritakan, ketika kejadian itu, dia berada di dalam beca dalam perjalanan ke sebuah pasar awam untuk membeli bekalan teh untuk kedainya.

"Tiba-tiba, satu letupan yang memekakkan telinga telah meletus dan mengegarkan seluruh kawasan. Beca yang saya naiki telah terbalik," katanya.

Peshawar adalah ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan merupakan pintu masuk ke satu daerah autonomi puak Pashtun di sepanjang sempadan Afghanistan.

Sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki mereka di pekan koboi ini akan berkata yang ia adalah sebuah pekan tanpa undang-undang dan peraturan.

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain