suria

Obama, Romney Raih Undi Saat Akhir Di Twitter, Facebook

WASHINGTON: Dua pesaing Rumah Putih, Barack Obama dan Mitt Romney menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Reddit sebagai medan terakhir mereka untuk meraih undi menjelang penutupan pusat mengundi pada pilihan raya negara itu.

Penduduk Amerika Syarikat (AS) turut menggunakan rangkaian sosial itu bagi menghantar bukti pengundian mereka kepada calon Presiden AS berkenaan.

Diangarkan 22 peratus pengundi telah menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook untuk memberitahu calon mana yang diundi mereka.

“Saya mendaftar masuk kerana undian akan mula ditutup dalam masa beberapa jam lagi dan saya meminta anda untuk keluar mengundi,” kata Presiden Barack Obama di laman sosial Reddit.

Romney pula merayu kepada 1.7 juta pengikut Twitternya supaya mengundinya dengan melakukan penghantaran balik mesej sebanyak 2,357 kali. AFP

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain