suria

Obama, Romney Catat Kemenangan Di Negeri Tradisi

WASHINGTON: Presiden Obama dan pesaingnya Mitt Romney masing-masing memperoleh kemenangan awal di negeri tradisi mereka pada Selasa.

Namun, di negeri-negeri utama seperti Virginia dan Ohio masih kekal memberikan tentangan sengit kepada kedua-dua pihak yang bertanding.

Menggunakan arah aliran apabila tempoh mengundi ditutup dan jangkaan keputusan awal, stesen televisyen Networks Amerika Syarikat (AS) mula memberi unjuran keputusan kepada Parti Republikan yang diwakili Romney di Indiana, Kentucky, Carolina Selatan dan Virginia Barat — negeri jangkaan yang sememangnya meraih undian tinggi dari menyokongnya.

Presiden Obama yang mewakili parti Demokrat pula diramal menang di negeri Vermont.

Pusat mengundi sudah ditutup di Georgia, Ohio dan Virginia, meskipun pegawai pilihan raya masih membenarkan pengundi membuang undi di tempat yang beratur panjang.

Networks berkata, Virginia yang pernah dimenangi Obama ketika pertama kali dipilih sebagai presiden pada 2008, menyaksikan saingan sengit berdasarkan undian awal pada Rabu. AFP

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain