suria

Ramalan Kemenangan Obama Dalam Facebook Kedutaan AS Di KL

KUALA LUMPUR: Pelawaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di sini untuk meramalkan hasil pilihan raya Presiden Amerika dalam akaun Facebooknya hari ini menarik bilangan respons yang tidak seberapa dengan 11 daripada 13 responden berkata bahawa penyandang Presiden Barack Obama akan menang.

"Mari, mari semua! Letakkan ramalan anda dan biar kami tahu apa yang anda fikirkan mengenai keputusan pilihan raya! Hantarkan, kongsi keputusan anda dengan kami," kata kedutaan itu dalam laman Facebook.

Sehingga 8 malam, 13 pengguna Facebook memberi respons, 11 meramalkan kemenangan Obama terhadap satu untuk Romney.

Seorang lagi pengguna Facebook berkata: "Moga rakyat Amerika menang dengan peralihan yang lancar pada 2013. Banyak kerja perlu dilakukan."

Facebook kedutaan itu juga menyediakan satu pautan kepada gambar-gambar pilihan raya 2012.

Laporan media menyebut bahawa sekitar 120 juta rakyat Amerika dijangka mengundi pada pilihan raya itu pada Selasa.

Mereka mempunyai pilihan bagi memberikan Obama, Presiden kulit hitam pertama, untuk menjadi Presiden bagi penggal kedua atau menggantikannya dengan anggota Republikan Mitt Romney, seorang jutawan dan bekas ketua dana ekuiti swasta.

Obama berhasrat untuk menjadi anggota Demokrat pertama untuk menjadi Presiden bagi penggal kedua seperti dilakukan Bill Clinton pada 1996. - BERNAMA

Artikel Lain