suria

Presiden Putin Pecat Menteri Pertahanan

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa telah memecat Menteri Pertahanannya, Anatoly Serdyukov berhubung satu dakwaan korupsi.

Ini adalah tindakan paling dramatik Putin sejak kembali berkuasa sebagai pemimpin negara itu untuk kali ketiga.

Putin telah mengantikan Serdyukov dengan gabenor sebuah daerah kecil di sini, Sergei Shoigu, demikian menurut kenyataan jurucakap presiden, Dmitry Peskov kepada agensi berita AFP.

Serdykov dipecat bagi membolehkan satu siasatan menyeluruh dilakukan ke atasnya selepas terdapat dakwaan yang dia telah terlibat dalam satu skim hartanah bernilai AS$100 juta yang dikendalikan oleh sebuah agensi di bawah kementeriannya.

Serdyukov, adalah salah seorang daripada hanya tiga pemimpin Rusia yang dibenarkan akses kepada kod pelancar bom nuklear.

Serdyukov juga mencatat sejarah sebagai orang awam yang pertama untuk menyandang jawatan menteri pertahanan selepas era pasca-Soviet Rusia ketika dia dilantik pada tahun 2007.

Ini menjadikan Serdyukov sebagai menteri pertahanan yang tidak popular di kalangan kepimpinan tentera dan pelaksanaan transformasi dalam angkatan tentera yang diperkenalkannya tidak mendapat sambutan daripada jeneral-jeneral kanan.

Artikel Lain