suria

Jualan Model Kumpulan BMW Catat Peningkatan Memberansangkan

BERLIN: Pembuat kereta mewah Jerman, BMW mengumumkan pada Selasa bahawa keuntungan tiga suku pertamanya tahun ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak 16 peratus iaitu kepada 1.29 bilion euro atau AS$1.65 bilion walaupun berhadapan dengan pasaran yang sengit dan sukar.

Dari segi pecahannya, jualan BMW adalah 13.7 peratus tinggi iaitu pada 18.817 bilion euro, manakala keuntungan operasi meningkat 13.8 peratus atau 2 bilion euro, kata pengerusi BMW, Norbert Reithofer.

Dari sudut jualan pula, Kumpulan BMW telh menyaksikan peningkatan sebanyak 9 peratus iaitu bersamaan dengan 434,963 unit kenderaan.

BMW juga berkata, jualan model 1 Series, X1, 5 Series dan 6 Series memperlihatkan peningkatan yang kukuh manakala model jenama Mini menyaksikan peningkatan 7.2 peratus jualan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu bersamaan dengan 223,214 unit kenderaan.

Secara keseluruhannya, untuk tempoh antara Januari hingga September tahun ini, jualan keseluruhan model BMW telah meningkat 8.6 peratus atau 1,109,962 unit kenderaan.

Reithofer menegaskan keyakinannya yang BMW akan mencatat rekod jualan yang luar biasa bagi tahun ini.

Artikel Lain