suria

Dua Pelancong Jepun Maut Terperangkap Dalam Ribut Salji

BEIJING: Dua warga emas yang merupakan pelancong Jepun meninggat dunia dan seorang lagi hilang selepas terperangkap dalam ribut salji lebat yang berlaku secara tiba-tiba semasa melawat Tembok Besar China, lapor media pada Isnin.

Dua wanita, berusia 62 dan 68, disahkan meninggal dunia, dan seorang lelaki Jepun berusia 76 tahun masih hilang dalam timbunan salji di bukit berhampiran tembok besar itu di wilayah Hebei di China, menrut kerajaan tempatan yang memberitahu agensi berita Xinhua.

Kumpulan itu memulakan pendakian mereka ke bukit itu dari Beijing, yang merupakan sebahagian daripada rombongan di Tembok Besar pada pagi Sabtu.

Mereka terperangkap semalaman pada Sabtu selepas menghampiri wilayah berbukit-bukau di daerah Huailai, bersebelahan dengan wilayah Hebei, kata kenyataan itu.

Mayat dua pelancong itu ditemui pada malam Ahad. - AFP

Artikel Lain