Pemilik Penerbangan Kingfisher Kemuka Pelan Pemulihan Kepada K'jaan India - Dunia | mStar

Pemilik Penerbangan Kingfisher Kemuka Pelan Pemulihan Kepada K'jaan India

NEW DELHI: Pemilik Kingfisher Airlines dari India menegaskan pada Selasa bahawa beliau akan membentangkan pelan komprehensif untuk memulihkan semula syarikat penerbangannya yang ditutup baru-baru ini.

Vijay Mallya, 56, seorang jutawan Formula Satu India yang juga pemilik Kingfisher Airlines yang digelar "King of Good Times", telah bertemu dengan Setiausaha Penerbangan Awam India, K. N. Shrivastava untuk membincangkan langkah seterus yang akan diambilnya untuk menghidupkan semula syarikat penerbangan itu.

Beliau juga adalah seorang ahli parlimen bebas.

Jabatan Penerbangan Awam India telah membekukan perkhidmatan Kingfisher awal bulan ini sehinggalah syarikat itu mampu menyakinkan pihak berkuasa tentang langkah-langkah untuk memulihkannya.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan berhutang sehingga berbilion dolar dengan pihak berkuasa lapangan terbang dan juga kerajaan dalam bentuk cukai dan yuran lapangan terbang.

Syarikat itu juga berhutang dengan para juruterbangnya bayaran gaji sehingga mereka melanggarkan mogok.

Mallya yang menguasai saham syarikat arak terbesar India - United Breweries (UB), kini sedang dalam rundingan untuk melepaskan sejumlah sahamnya kepada Diageo, iaitu syarikat penyulingan terbesar dunia yang mana para penganalisa menganggarkan akan memberikannya wang tunai sehingga AS$800 juta.

Kingfisher, yang menanggung hutang sehingga AS$1.4 bilion kini hanya memiliki 15 buah pesawat - daripada 64 buah pesawat yang pernah ia miliki suatu ketika dahulu.

Ketika zaman kegemilangannya, Kingfisher adalah syarikat penerbangan kedua terbesar India daripada lima syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu.

Syarikat itu sekarang merupakan syarikat penerbangan swasta India yang paling teruk mengalami kerugian - sebahagian besarnya adalah diakibatkan oleh pengembangan yang terlalu pantas dan tergesa-gesa.

Syarikat penerbangan milik negara - Air India - baru sahaja diselamatkan dengan dana berjumlah AS$6 bilion.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain