Pemindahan, Penutupan Pasaran Di AS Akibat Taufan Sandy

NEW YORK: Taufan Sandy, yang boleh menjadi ribut terbesar pernah melanda Amerika Syarikat, kini bergerak ke arah Pantai Timur, termasuk New York dan Washington, dengan tiupan angin kencang, banjir dan risiko gangguan kuasa yang besar beberapa hari akan datang.

Kira-kira 50 juta orang berada dalam lingkungan ribut ini, yang telah membunuh 66 mangsa di Caribbean dan dijangka melanda timur pesisir AS Timur pada pagi Selasa.

Walaupun ribut tidak sekuat tiupan Taufan Katrina yang melanda New Orleans pada tahun 2005, peramal berkata ia boleh menjadi terbesar dari segi saiz apabila ia menyerang daratan. Angin Sandy bergerak pada kadar kira-kira 520 batu (835 km) dari pusat ribut, kata pakar meteorologi.

Sistem transit di New York, bandar-bandar lain dan pekan telah ditutup manakala sekolah dan penduduk di kawasan rendah diarahkan untuk berpindah sebelum ribut yang boleh mencapai setinggi 11 kaki (3.4 meter) melanda.

Semua pasaran saham AS akan ditutup pada Isnin dan mungkin juga pada Selasa, kata pengendali Bursa Saham New York pada Ahad, menukar perancangan awalnya untuk menutup kawasan perdagangan tetapi menawarkan perdagangan elektronik.

"Keadaan bahaya semakin meningkat akibat Taufan Sandy yang membuatkan amat sukar untuk memastikan keselamatan rakyat dan masyarakat, dan keselamatan mesti menjadi keutamaan pertama kami," menurut NYSE Euronext dalam satu kenyataan.

Di samping itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, teater Broadway, Kasino New Jersey, sekolah dan pelbagai acara-acara korporat semuanya ditutup disebabkan ribut.

Sandy juga memberi kesan terhadap perlumbaan presiden, memaksa Presiden Barack Obama dan pencabar dari Republikan Mitt Romney membatalkan beberapa kempen. Ia menimbulkan kebimbangan ribut boleh mengganggu pengundian awal sebelum pilihan raya pada 6 November.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Facebook Medium Culik Gadis Indonesia

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19