suria

iPhone 5 Dijangka Dijual Di China Pada Disember

BEIJING: iPhone 5 Apple dijangka dilancarkan di China Disember ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Cook dalam laporan kewangan suku tahunan syarikat itu.

China merupakan antara pasaran utama untuk diteroka oleh Apple, dengan perolehan bagi tempoh Julai hingga September meningkat 26 peratus tahun ke tahun, dan jualan mencecah US$5.7 bilion, lapor China Daily.

Bagi suku keempat tahun fiskal itu, pendapatan Apple mencecah US$36 bilion dengan kira-kira 60 peratus perolehan datang dari luar US, dan China menyumbang suku daripada jumlah tersebut.

Apple dikatakan membangunkan iPhone 5 secara usaha sama dengan China Mobile, operator mudah alih terbesar di dunia, yang mempunyai lebih daripada 600 juta pelanggan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain