suria

Semua Penunggang Lumba Basikal Era Armstrong Guna Dadah

SYDNEY: Ketua Agensi Anti-Dadah Dunia, John Fahey menegaskan semua penunggang menggunakan dadah terlarang ketika era Lance Armstrong dan pihak pentadbiran sukan berbasikal sepanjang tempoh terbabit wajar memikul sedikit tanggungjawab.

Era kegemilangan penunggang Amerika Syarikat itu disahkan berakhir, semalam apabila Armstrong dilucutkan tujuh kejuaran Tour de France yang dimenanginya.

KEsatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menyokong penemuan Agensi Anti-Dadah AS (USADA), di mana melabelkan Armstrong sebagai watak utama yang terbabit dengan skim penggunaan dadah canggih dan sistematik. - AFP

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain