suria

Obama Serang Romney Mengenai Dasar Luar

BOCA RATON (Florida): Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Selasa menuduh pencabarnya, Mitt Romney bahawa kenyataan mengenai semua dasar luar negara yang diberikan adalah salah, ketika memulakan debat pusingan terakhir sebelum pilihan raya.

Kedua-dua calon berdebat mengenai Syria, Libya dan beberapa isu hangat di Boca Raton, Florida di mana Obama menyatakan bahawa calon Republikan yang juga bekas Gabenor Massachusetts itu sudah menyimpang daripada dasar luar negara.

"Saya tahu anda tidak berada dalam kedudukan sebenar dalam melaksanakan dasar asing, tapi setiap kali anda diberi peluang menyampaikan pendapat, pendapat itu adalah salah," kata Obama.

Obama yang memanggil balik tentera negara itu di Iraq menunjukkan kenyataan Romney bahawa beliau tetap mahu menyokong kehadiran tentera AS ke Iraq yang mula diserang pada 2003 sejak pemerintahan Presiden George W Bush. - AFP

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain