suria

Nenas Malaysia Diberi Ujian Teliti, Siasatan Senat Diberitahu

MELBOURNE: Australia mengambil keputusan untuk mengimport nenas dari Malaysia berasaskan pertimbangan ujian sains dan pengurusan risiko yang menyeluruh, satu siasatan senat diberitahu.

Jabatan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (DAFF) pada awal tahun ini telah menyarankan import nenas segar dari Malaysia dikenakan pelbagai langkah kuarantin.

Penanam nenas Australia berkata ia memberikan risiko penyakit yang dipanggil "heart rot" dan "mealybugs".

Timbalan Setiausaha DAFF Rona Mellor berkata DAFF bertanggungjawab mempertimbangkan permohonan permit import berdasarkan pengurusan risiko dagangan itu.

Penolong Setiausaha Pertama Jabatan Tanaman Colin Grant berkata sistem kuarantin Australia dianggap salah satu yang terketat di dunia.

Australia hampir melanggar larangan perdagangan melainkan ia boleh menunjukkan bukti saintifik yang mencadangkan terdapat risiko yang tinggi untuk penyakit berjangkit.

Jawatankuasa Senat dijangka memberi laporan terkini pada 29 November. - BERNAMA

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain