suria

Serangan Bersenjata di Berek Tentera: 7 Terbunuh di Guinea-Bissau

BISSAU: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh apabila lelaki bersenjata menyerang berek tentera Republik Guinea-Bissau pada Isnin.

Saksi berkata, serangan terhadap unit elit askar negara berkenaan berdekatan lapangan terbang itu diketuai Kapten Pansau N’Tchama, ketua unit komando yang membunuh Presiden Joao Bernardo Vieira pada 2009.

Serangan pada awal pagi itu menambah ketegangan di negara barat Afrika berkenaan di mana pihak junta merampas kuasa pada April lalu. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain