suria

Kejadian Tembak-Menembak Meletus di Beirut

BEIRUT: Kejadian tembak-menembak meletus di tengah bandar ini pada Ahad, selepas penunjuk perasaan cuba menyerbu pejabat Perdana Menteri Najib Mikati, bagi mendesak beliau berundur ekoran kejadian letupan bom yang mengorbankan lapan orang termasuk pegawai perisikan kanan. Menurut seorang saksi, pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas kumpulan penunjuk perasaan bertindak memecahkan penghadang di pejabat Perdana Menteri. Dua daripada penunjuk perasaan pengsan akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan. Beratus-ratus penunjuk perasaan mengibarkan bendera kumpulan anti-pembangkang Syria - Pergerakan Masa Depan, yang merupakan sebuah parti Sunnah dan Pasukan Kristian Lebanon serta bendera hitam lambang Islam sambil berarak menuju ke pejabat Mikati selepas majlis pengkebumian Mallouk al-Hassan, perisikan kanan yang terkorban dalam letupan bom, pada Sabtu. Mereka menuduh pembunuhan Hassan didalangi Syria. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain