suria

Jemaah Haji Dibenarkan Melalui Iraq Untuk Ke Mekah

BAGHDAD: Beribu-ribu jemaah haji Turki, dibenarkan melalui Iraq untuk menuju ke Arab Saudi bagi menunaikan haji.

Khamis lalu, sebanyak 128 buah bas yang membawa jemaah haji dari Turki ditahan dan dihalang memasuki negara ini kerana tidak mempunyai visa yang dikeluarkan oleh negara ini.

Menurut jurucakap Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, sebanyak 6,000 visa dikeluarkan dan jemaah haji dari Turki dibenarkan melalui Iraq untuk menunaikan haji di Mekah. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain