suria

PM Australia Terjatuh Di Depan Kamera

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.

Gillard terjatuh setelah kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput ketika beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar.

Beliau bagaimanapun kemudian segera bangun dan ketawa.

Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.

Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.

Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

Artikel Lain