suria

Negara Afrika Disaran Bekerjasama Dalam Pelancongan

HARARE: Timbalan Perdana Menteri Zimbabwe, Arthur Mutambara menyeru semua negara Afrika supaya bekerjasama untuk memasar wilayah berkenaan sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia.

Beliau berkata terdapat potensi besar untuk pembangunan produk pelancongan terutama dari pelancongan sejarah, kebudayaan dan akademik. Mutambara berkata demikian pada majlis perasmian Sanganai/Hlanganani World Travel and Tourism Africa Fair ke-5 pada Jumaat.

"Pameran ini tidak boleh bertindak sebagai (hanya) acara Zimbabwe. Ia landasan pelancongan Pan-Afrika," katanya.

Beliau meminta institusi dan pertubuhan untuk membuat kajian dan mencari jalan bagi membangun dan mempakej produk pelancongan.

Mutambara memberi jaminan terhadap pemain pelancongan di negara itu bahawa kerajaan menyokong penuh polisi, pengurusan tenaga manusia dan bantuan dari institusi kewangan.

Sejumlah 136 pertubuhan termasuk 85 peserta antarabangsa mengambil bahagian pada pameran itu, yang Malaysia diwakili Tourism Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain