suria

Penyiasat Serbu Rumah Abang Presiden Korea Selatan

SEOUL: Pasukan penyiasat menyerbu rumah dan pejabat abang sulung kepada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan rasuah bagi pembinaan rumah persaraan presiden itu.

Serbuan itu sehari selepas pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah agar melarang satu-satunya anak Lee, Lee Si-Hyung dan 10 individu yang ada kaitan dengan projek pembinaan kediaman itu daripada meninggalkan Korea Selatan.

Agensi berita Yonhap melaporkan, serbuan dibuat terhadap rumah Lee Sang-Eun di timur Seoul dan pejabatnya iaitu pengeluar kerusi auto, DAS, yang beliau menjadi pengerusi di firma yang berpejabat di barat daya Gyeongju.

Kontroversi tercetus apabila Lee Si-Hyung dan sebuah syarikat keselamatan presiden membeli satu lot tanah di selatan Seoul.

Selain menempatkan kediaman presiden yang dijangka menamatkan perkhidmatan awal tahun depan, kawasan itu bakal menempatkan kemudahan untuk anggota keselamatannya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain