suria

Pereka Kapal Layar Australia Dibunuh Di Filipina

MANILA: Polis Filipina berkata pereka kapal layar Australia yang terkenal telah ditemui mati di kediamannya di utara Filipina.

Jirannya mendapati mayat Joe Adams berusia 81 tahun dan berlumuran darah di atas lantai rumah yang dibiarkan terbuka pada awal Isnin.

Pengarah polis rantau The Cordillera, Benjamin Magalong pada Rabu berkata mangsa disyaki cuba untuk melawan penyerang yang bersenjatakan parang.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan pakar forensik memeriksa kemungkinan terdapat cap jari yang ditinggalkan oleh suspek.

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia mengesahkan kematian Adam. Pereka kapal layar yang dilahirkan Sydney ini berada di belakang pemenang Helsal yang memecah rekod Sydney to Hobart pada tahun 1973.

Beliau kemudian berpindah ke wilayah pergunungan Benguet di Filipina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain