suria

Pengeluar iPhone Temui Pelatih Bawah Umur

BEIJING: Syarikat yang mengeluarkan Apple iPhone berkata, ia telah menemui sekumpulan pelatih bawah umur semuda 14 tahun bekerja di salah sebuah kilangnya di China.

Foxconn Technology Group pada Selasa berkata, sekumpulan pelatih itu ditemui oleh sebuah syarikat penyiasatan di kilang itu di bandar Yantai dan telah dihantar pulang ke sekolah mereka.

Had minimum umur untuk bekerja di bawah undang-undang di China adalah 16 tahun.

Foxconn, yang dimiliki oleh syarikat Taiwan, Hon Hai Precision berkata, siasatan dengan beberapa sekolah dibuat mengenai bagaimana mereka dihantar ke kilang itu.

Syarikat itu berhadapan dengan satu aduan pada Ogos apabila para pelajar vokasional dipaksa oleh sekolah-sekolah mereka untuk bekerja di kilang berkenaan di China. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain