suria

Obama Dan Romney 'Bertekak' Atas Pentas

HEMPSTED, New York: Presiden Barack Obama dan Mitt Romney telah bertukar beberapa pandangan dalam perdebatan Presiden kali kedua, mencabar antara satu sama lain dengan menuding jari dan berhujah berhubung dasar tenaga.

Tanpa terdapat meja di antara mereka, kedua-dua calon pada satu ketika sering mendekati antara satu sama lain di atas pentas semasa berbahas mengenai tenaga.

Ketika Romney menjawab soalan mengenai harga gas dan penggerudian minyak, Obama berdiri dan bergerak ke arah pencabar beliau dari Republikan itu.

Romney berpaling ke arah presiden dan mereka bertengkar kerana mereka hanya berdiri dengan jarak beberapa kaki antara satu sama lain.

Pada satu ketika, Obama menolak hujah Romney, sambil berkata, "Tidak benar, Gabenor Romney."

Apabila Obama mencelah dengan pendirian beliau mengenai tenaga, Romney menjawab, "Anda akan mendapat peluang anda...Saya masih bercakap."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain