suria

Korea Selatan Tembak Mati Nelayan China

SEOUL: Seorang nelayan warga China maut akibat terkena peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan pengawal pantai Korea Selatan dalam satu serbuan, di perairan Laut Kuning.

Jurucakap pengawal pantai berkata, nelayan berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5 petang waktu Malaysia akibat kecederaan di dada.

"Mangsa ditembak pengawal pantai kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara ini," katanya.

Kira-kira 30 buat bot nelayan diusir pengawal pantai negara ini dalam serbuan tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain