suria

Jetstar Asia Terima Pesawat Baru

SINGAPURA: Jetstar Asia telah menerima pesawat pertama daripada enam pesawat baharu A320 yang ditempahnya sebagai sebahagian daripada program pembaharuan pesawatnya, yang menjadikannya salah satu syarikat penerbangan berpangkalan di Singapura yang mempunyai kumpulan pesawat terbaru.

Lima daripada pesawat itu akan menggantikan pesawat A320 yang lebih berusia di dalam kumpulan pesawat Jetstar Asia.

Pesawat tambahan itu akan menambah bilangan pesawat Jetstar Asia kepada 17 pesawat A320, yang menjadikan purata usia kumpulan pesawat A320 Jetstar Asia kepada hanya tiga tahun.

Kesemua enam pesawat itu bernilai kira-kira US$530 juta (Jun 2012).

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Jetstar Asia Barathan Pasupathi berkata adalah perlu bagi sesebuah syarikat penerbangan terus berusaha meningkatkan pengembangan seterusnya syarikat berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain