suria

Perdana Menteri Russia Minta Adakan Larangan Iklan Tembakau

MOSCOW: Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedey pada Selasa meminta diadakan larangan terhadap iklan tembakau kerana kerajaan negara itu akan menyediakan rang undang-undang terhadap larangan merokok di tempat awam.

Pertubuhan Kesihatan Sedia (WHO) berkata, kira-kira 40 peratus daripada penduduk dewasa di Rusia merokok, salah satu kadar tertinggi di dunia.

Sekotak rokok di Russia berharga antara satu dan dua dollar, dan kebanyakan mereka merokok di kebanyakan bar dan restoran.

Dalam pesanan bervideo yang dipaparkan di blog beliau pada Selasa, Medvedev menegaskan bahawa larangan itu bukan menyasarkan perokok tetapi merokok.

Kerajaan akan mempertimbangkan satu rang undang-undang pada bulan ini yang akan mengenakan larangan terhadap semua iklan tembakau, yang merupakan larangan secara berperingkat untuk merokok di semua tempat awam menjelang 2015 dan meningkatkan harga rokok.

Kira-kira 400,000 rakyat Russia meninggal dunia setiap tahun yang berpunca berkaitan dengan merokok di mana Medvedec menyifatkan ia sebagai satu perangkaan yang menakutkan, menyamai dengan populasi sebuah bandar besar.

Bilangan perokok di Russia meningkat sejak beberapa dekat manakala harga tembakau pula sukar untuk ditetapkan dan iklan rokok tidak dibataskan secara meluas. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain