suria

Tiga Maut Dalam Nahas Helikopter Tentera Laut India

PANAJI, India: Sebuah helikopter pada Isnin terhempas dan meletup, mengorbankan tiga pegawai tentera laut India, di lapangan terbang Goa, kata seorang pegawai tentera laut.

“Helikopter itu terhempas pada pukul 9.51 pagi (waktu tempatan) dan terdapat tiga kru iaitu dua pegawai dan seorang kelasi. Tiada yang terselamat,” kata seorang jurucakap kepada AFP dari pangkalan udara tentera laut Hansa INS di mana ia merupakan sebahagian daripada lapangan terbang Dabolim.

Helikopter yang mempunyai empat tempat duduk iaitu Chetak terhempas ketika ia mahu mendarat di Dabolim dari Mumbai terhempas.

Kata beberapa saksi, helikopter itu meletup dan berkecai. - AFP

Artikel Lain