suria

Lebih 100 Militan Serang Balai Polis Pakistan

ISLAMABAD: Seorang pegawai Pakistan berkata, lebih 100 anggota militan telah menyerang sebuah balai polis di barat laut, mengorbankan enam anggota polis.

Dua daripada anggota polis yang terbunuh telah dipancung.

Pegawai polis, Ishrat Yar berkata, serangan dekat dengan bandar Pashewar itu berlaku pada lewat malam Ahad dan rusuhan bersenjata itu berlaku selama beberapa jam.

Semua anggota militan mempunyai senjata mesingan termasuk bom tangan dan senapang.

Yar turut berkata, 12 anggota polis cedera dalam serangan yang berlaku di sebuah bandar kecil Matni, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari selatan Peshawar.

Salah seorang anggota polis yang telah dipancung merupakan pegawai kanan yang berkuasa di beberapa balai polis di kawasan berkenaan.

Yar berkata, anggota militan membakar balai polis dan empat kenderaan polis sebelum mereka melarikan diri. - AP

Artikel Lain