suria

Bekas Raja Kemboja Norodom Sihanouk Meninggal Dunia

Norodom Sihanouk. Foto AP
Norodom Sihanouk. Foto AP
Norodom Sihanouk. Foto AP

BEIJING: Bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk, yang merupakan seorang tokoh yang dihormati di negaranya yang menghidap beberapa penyakit dalam beberapa tahun kebelakangan ini, meninggal dunia di Beijing pada awal pagi Isnin, kata media China.

"Norodom Sihanouk telah meninggal dunia di Beijing," kata agensi berita China, Xinhua.

Sihanouk meninggal dunia pada usianya 89 tahun.

Bekas raja itu bakal berusia 90 tahun pada 31 Oktober ini.

"Bekas raja kami meninggal dunia pada pukul 2 awal pagi Isnin di Beijing" kata Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Nhek Bunchhay yang memberitahu Xinhua menerusi telefon.

"Ini merupakan satu kehilangan besar untuk rakyat Kemboja. Kami berasa sangat sedih. Bekas raja adalah seorang raja yang baik dan amat dihormati dan kami amat mengasihinya."

Raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan Perdana Menteri, Hun Sen akan terbang ke Beijing untuk membawa pulang Sihanouk untuk pengebumian tradisional di Kemboja, tambahnya ketika dihubungi oleh AFP.

Artikel Lain