suria

Tahap Kesihatan Fidel Castro Makin Baik

HAVANA: Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro kini semakin sihat, demikian menurut anak lelakinya mengenai tahap kesihatan bapanya yang dipetik akhbar tempatan pada Sabtu.

Castro, 86, kini dilaporkan semakin boleh menjalankan aktiviti hariannya.

"Beliau melakukan senaman, membaca dan fizikilnya amat baik," kata Alex Castro Soto del Valle yang berada Guantanamo bagi menyertai satu pameran mengenai ayahnya yang dilaporkan agensi berita AIN.

Kenyataan anaknya itu dilaporkan oleh kebanyakan media tempatan termasuk laman web rasmi kerajaan.

Kenyataan itu sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini di media sosial bahawa Castro yang menyerahkan kuasa pada 2006 kerana masalah kesihatan, dilaporkan sudah meninggal dunia.

Selepas menyerahkan kuasa pemerintahan kepada adiknya, Raul, bekas pemimpin utama Cuba itu banyak menghabiskan masa dengan menulis dan sudah menerbitkan lebih 400 jurnal dalam media rasmi negara itu.

Dari semasa ke semasa, Castro juga dilaporkan sering menerima lawatan pemimpin luar ke Cuba.

Namun pada Ogos lalu, Castro menyambut hari kelahirannya yang ke-86 secara senyap dan sejak itu tidak lagi kelihatan di khalayak umum. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain