suria

Endeavour Diarak Menuju Ke Pusat Sains California

LOS ANGELES: Kapal angkasa Amerika Syarikat (AS), Endeavour menamatkan pengembaraannya selepas tiba di Los Angeles (LA) untuk ditempatkan di Pusat Sains California, pada Sabtu.

Bagi tujuan penempatan semula Endeavour di pusat sains itu, lebih 400 pokok ditebang bagi membolehkan kapal angkasa NASA itu dibawa menerusi jalan raya LA selama dua hari walaupun langkah itu mendapat bantahan di kalangan penduduk tempatan sebelum ini.

"Ia adalah sesuatu yang menarik dapat melihat kapal angkasa lepas diarak di jalan raya," kata seorang penonton yang menyaksikan perarakan Endeavour membabitkan laluan sejauh kira-kira 30 kilometer di sini, Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain