suria

Petani Nigeria Saman Shell Di Mahkamah Belanda

THE HAGUE, Belanda: Sekumpulan petani Nigeria memfailkan saman terhadap Shell di mahkamah Belanda, meminta hakim untuk memerintahkan syarikat minyak multinasional itu untuk membersihkan pencemaran alam sekitar yang dikatakan berpunca daripada kebocoran paip.

Kes di Mahkamah Sivil The Hague pada Khamis mencatatkan sejarah bagi perundangan di Belanda kerana ia menandakan buat kali pertama bagi sebuah syarikat Belanda didakwa, atas dakwaan pengurusan tidak teratur terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh anak syarikat di luar negara.

Royal Dutch Shell berhujah panjang bahawa kes itu sepatutnya didengar di Nigeria.

Penduduk kampung pada Jun 2005 berkata, kebocoran yang berlaku telah mencemari kolam ikan, ladang dan hutan di Oruma di Delta Niger.

Mereka mendakwa Shell mengambil masa 12 hari untuk memperbaiki masalah paip yang bocor.

Penduduk kampung mempersalahkan kebocoran paip itu akibat daripada tekanan kakisan di bawah tanah.

Shell pula mendakwa perkara itu disebabkan oleh sabotaj. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain