suria

Sentimen Pengguna Jepun Pada September Menurun

TOKYO: Sentimen pengguna Jepun sedikit menurun pada September, menunjukkan bahawa perbelanjaan isi rumah negara kekal lembap.

Indeks isi rumah terdiri daripada dua atau lebih orang pada paras 40.1 bulan lepas, menurun dari 40.5 pada Ogos, kata pejabat Kabinet dalam kajian bulanan.

Daripada empat indeks komponen itu iaitu kehidupan, keadaan pekerjaan dan masa pembelian barangan tahan lama menunjukkan penurunan, manakala pertumbuhan pendapatan mencatatkan sedikit kenaikan.

“Paras semasa bagi indeks masih berada di bawah purata keseluruhan sebanyak 42, tetapi sentimen pengguna telah pulih dari susutnya iaitu 33 berikutan bencana yang berlaku pada tahun lepas, kata seorang pegawai kerajaan. – AFP

Artikel Lain